RENUNGAN BERSAMA
1. Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan kecuali apabila lapar dan apabila lapar dan apabila kami makan tidak sampai terlalu kenyang" -Hadith Riwayat Abu Dawud-
2. Memilih makanan yang halal lagi baik
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Hak anak ke atas bapa ialah bapa itu hendaklah memberi nama yang elok. Mengasuhnya dengan budi pekerti yang baik. Mengajarnya menulis, berenang dan memanah. Janganlah berikan kepadanya rezeki selain yang baik (halal) dan hendaklah mengahwinkannya apabila telah layak berkahwin" -Hadith Riwayat Hakim-
3. Membaca bismillah, ambil dengan tangan kanan dan makannan yang terdekat
Sabda Rasulullah SAW:
"Bacalah bismillah (jika kamu hendak makan), dan makanlah dengan tangan kananmu, dan ambillah makanan yang terdekat" -Hadith Riwayat Bukhari & Muslim-
4. Menghormati orang lain
Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Jikalau seseorang daripada kamu makan bersama-sama dengan orang ramai dan sudah berasa kenyang, maka janganlah kamu mengangkat tangan (berhenti dahulu), sehingga orang ramai sama berhenti (iaitu berhenti makan bersama-sama), ini kerana jika kamu berhenti dahulu sebelum orang lain, hal itu dapat memalukan kawanmu" -
No comments:
Post a Comment