Sunday 23 June 2013


RENUNGAN BERSAMA


1.  Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan kecuali apabila lapar dan apabila lapar dan apabila kami makan tidak sampai terlalu kenyang" -Hadith Riwayat Abu Dawud-  


 2.  Memilih makanan yang halal lagi baik
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Hak anak ke atas bapa ialah bapa itu hendaklah memberi nama yang elok. Mengasuhnya dengan budi pekerti yang baik. Mengajarnya menulis, berenang dan memanah. Janganlah berikan kepadanya rezeki selain yang baik (halal) dan hendaklah mengahwinkannya apabila telah layak berkahwin" -Hadith Riwayat Hakim-


 3.  Membaca bismillah, ambil dengan tangan kanan dan makannan yang terdekat
Sabda Rasulullah SAW:
"Bacalah bismillah (jika kamu hendak makan), dan makanlah dengan tangan kananmu, dan ambillah makanan yang terdekat" -Hadith Riwayat Bukhari & Muslim-


4.  Menghormati orang lain
 Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Jikalau seseorang daripada kamu makan bersama-sama dengan orang ramai dan sudah berasa kenyang, maka janganlah kamu mengangkat tangan (berhenti dahulu), sehingga orang ramai sama berhenti (iaitu berhenti makan bersama-sama), ini kerana jika kamu berhenti dahulu sebelum orang lain, hal itu dapat memalukan kawanmu" -


Saturday 22 June 2013



SELAMAT MALAM :D


Walaupun namanya masih baru dan kurang dikenal, namun Nasi Ayam Nasa ini mempunyai peminat sendiri. Kekuatannya terletak pada resipi nasi ayam yang diadun dengan herba tradisional tertentu bagi menjadikan ia lebih lazat dan berkhasiat .
sekiranya anda berminat untuk merasa atau menempah nasi ayam kami sila hubungi En Narowi iaitu 0175681127 datang lah ke kedai kami gerai no 9 medan selera Felda Jaya Trolak Sungkai.

          Penghantaran juga boleh dilakukan mengikut terma & syarat
  • mesti berada di kawasan sungkai dan trolak
  • mesti melebihi 5 bungkus keatas
  • penghantaran percuma kepada pembeli yang  membeli melebihi 10 unit keatas


Assalamualaikum 
             
 SELAMAT 

            Nasi Ayam sesuai kepada semua golongan tidak kira budak-budak remaja ataupun orang-orang dewasa.Nasi Ayam merupakan salah satu makanan yang menepati cita rasa rakyat Malaysia. Ayamnya yang digoreng garing serta sosnya yang pekat memang merupakan hidangan yang hebat. Ayam nya yang sedap dimulut dapat menyentap jiwa Selain nasi ayam kedai kami juga menyediakan pelbagai masakan panas

PENGENALAN

ASSALAMMUALAIKUM 

Pengenalan kami 


              Nasi ayam Nasa terletak di gerai no 9 medan selera Felda Jaya Trolak dan tidak jauh dari jalan besar. Alhamdulillah kedai kami mula beroperasi di medan selera Felda Jaya Trolak pada 2 NOVEMBER 2010. NASA AKTIF ENTERPRISE ialah nama syaarikat kami. kami menjalankan perniagaan menjual makanan panas. Antara menu utama ialah Nasi ayam Nasa .Kedai kami dibuka setiap hari pada pukul 8AM dan tutup pada pukul 7AM.

Friday 21 June 2013



Cara-cara membuat nasi ayam yang sedap


  1. Bersihkan dahulu ayam dan rebus ayam itu hingga empuk(dalam 20 minit)
  2. Tos kan ayam dan perap dengan bahan-bahab perapan selama 20 minit. Semakin lama ayam diperap semakin sedap rasanya :D
  3. Kemudian basuh beras dan masuk kan air rebusan ayam tadi.masukkan sedikit butter ,bawang putih yang telah ditumis pewarna kunig dan sedikit garam
  4. Untuk membuat sos pula, kita harus menggunakan blende.Blende kan bawang putih, sos cili/ tomato, sedikit air dan cili blende.kemudian masukkan sedikit air dan blen kan ia semua sekali. masak bahan sos cili yang telah di blend tadi dan masukkan sedikit garam, gula dan aji jika mahu.
  5. Untuk membuat sup pula, masukkan lebihan air rebusan ayam tadi dan masakkan ia sehingga didih. Jangan lupa untuk memasukkan sedikit bawang besar, kecil, garam dan daun sup ke dalam periuk sekali.
                                                  HARAP ANDA MENCUBA

                          SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI

                                          kedatangan anda amat dialu-alukan :D

Nasi Ayam Yang Sedap!


Harga Sepinggan RM 4.50
Kandungan :

  • nasi
  • ayam
  • sup
  • timun &salad
  • cili sos serta kicap


Thursday 20 June 2013

KELEBIHAN NASI

                     Khasiat Yang Terkandung Dalam Nasi


         NASI… merupakan salah satu makanan yang di geruni oleh mereka yang sedang berdiet malah  ada yang jadi anti-nasi. Memang nasi mengandungi tinggi sumber tenaga iaitu karbohidrat. Tanpa mengetahui khasiat sebenar nasi, setengah daripada kita mengatakan ‘makan nasi punca gemuk‘.

         Untuk yang ‘mengharamkan‘ pengambilan nasi kerana nak diet, itu adalah SALAH sebab nasi sebenarnya ada banyak khasiat yang kita mungkin tak tahu.

Secara umumnya, berikut merupakan khasiat yang boleh diperoleh dari nasi:



  1. Sumber Tenaga Utama: Oleh sebab beras kaya karbohidrat, ia bertindak sebagai bahan bakar untuk tubuh dan   membantu otak  untuk berfungsi  secara normal.
  2.  Rendah Kolestrol: Nasi sangat bagus untuk kesihatan, fakta mengatakan bahawa nasi tidak mengandungi lemak berbahaya, kolesterol atau sodium. Dan ini melengkapkan lagi program diet yang seimbang.
  3. Kaya Vitamin: Nasi merupakan sumber yang kaya vitamin dan mineral seperti niasin, vitamin D, kalsium, serat,  zat besi, tiamin dan riboflavin.
  4. Tekanan Darah Tinggi: Seperti yang kita tahu kandungan sodium (garam) dalam beras adalah rendah,  dan merupakan makanan terbaik bagi mereka yang  menderita  tekanan darah tinggi dan hipertensi.
  5. Pencegahan Kanser: Beras gandum seperti beras perang kaya dengan serat larut yang  dapat melindungi daripada kanser. Banyak saintis percaya bahawa serat larut tersebut sangat penting untuk melindungi  tubuh daripada pembiakan sel kanser.
  6. Cirit Birit: Bahagian kulit padi dianggap sebagai ubat yang berkesan untuk mengubati cirit birit. Sekam padi yang berusia lebih kurang tiga bulan mempunyai sifat diuretik. Orang Cina percaya bahawa beras sangat  meningkatkan nafsu makan, menyembuhkan penyakit perut dan gangguan pencernaan.
  7. Kulit: Pengamal perubatan mengatakan serbuk/air beras boleh menyembuhkan beberapa penyakit kulit. Di India, air beras digunakan  oleh pengamal  ayurveda  sebagai  ’krim‘ yang berkesan  untuk menyejukkan permukaan kulit yang terbakar.





Wednesday 19 June 2013

NASI AYAM SPECIAL!!! (19 JUN 2013)


Harga Sepinggan : RM 7.00
mendapat ayam yang LEBIH dari biasa dan sedap
yum2X